Pages

Schakozue Entry (起こる )♥

My photo
Let's spread the love while killed the hatred :)♥

Friday, December 21, 2012

Mengapa Hawa dicipta saat Adam tidur ?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya seorang wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya..

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam a.s saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan betapa sakitnya ketika Hawa keluar dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi, Hawa diciptakan dari Adam di saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun dia akan semakin sayang dan cinta kepada anak yang dilahirkan itu. Bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam !!Janganlah engkau merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan ketahuilah wahai Adam.. Sesungguhnya wanita amat sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci pada orang yang paling dia sayangi..

#cp#

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...