Pages

Schakozue Entry (起こる )♥

My photo
Let's spread the love while killed the hatred :)♥
Showing posts with label Kozue with Fun. Show all posts
Showing posts with label Kozue with Fun. Show all posts

Friday, January 27, 2012

koey teow sup resepi ayah♥

Hari nie aku tolong ayah masak sup ayam :)
Masakan yang paling senang nak buat taw... hehee

Bahan-bahan yan diperlukan adalah:
Ayam seekor♥
Perencah sup sepaket♥
Kentang (ikut suka bape biji pon boleh)♥
Air 6 cawan♥
Garam, secukup rasa (3sudu makan, nie kalau guna periuk besar)♥
Daun sup 3 tangkai♥
Koey teow sebungkus♥
Fishcake sebungkus♥
Taugeh♥
Bawang merah, bawang putih, daun limau purut♥
Minyak masak♥

Cara-cara nak buat:
First thing first, tumis bawang merah, bawang putih, daun limau purut.
Then masukkkan ayam yang sudah dicuci bersih, masukkan perencah sup and air.
Lepas tue masukkan kentang yang sudah dipotong kecil.

Sementara tunggu sup direneh, kita celur koey teow dan rendam taugeh.
Potong fishcake nipis-nipis.

Masukkan garam dan secukup rasa pasa sup tadi.
Then rasa, kalau tak cukup masin, tambah lagi garam.
Lastly, masukkan daun sup yang dah dipotong halus-halus.

Settle! senang kan.... :D



Hahaha, lapar x? lapar x? aku pon tak makan lagi nie, jom mkn same-same :)

Peace, Assalamualaikum :*

Thursday, January 26, 2012

Moist Chocolate cake ♥

Baking cake is just simple with instant ingredients sold in supermarkets! yeahh, just by spending RM10, u can get a super delicious CHOCOLATE CAKE!!! and in only one hour baking!!! yesyes, i am excited now! with my exclamation marks everywhere. so what? hehee..have a try friends :)

I have tried too :)
u just need this

then it will go like this!

and like this!

finally like this friends! :)

Happy Baking ;)
Peace Assalamualaikum~

* ini x hangit ehh, ini cokolat! yaa, cokolat :) *



Monday, December 26, 2011

nak cite pown maleh

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

kahkahkah!!

Bibik jawab telefon

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Wednesday, December 21, 2011

Menantu Bill Gates

Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!

Kemudian bapanya berjumpa Bill gates

Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!

Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia

Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!

Hoho, This is how business is done!

Monday, December 19, 2011

Ibu, anak dan menantu :)

Suzana dan Razman adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas…

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur… mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.……..tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & menyimpan dendam terhadap Razman..


Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu……..dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab qabul kan …… Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman…….tapi malang telah menimpa mereka……

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan……

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya……tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan……..Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab……penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana ek ibu mertua die? hehehe

Monday, December 12, 2011

Pesta Penang :)

Sapa nak ikuttt? hehee.. jom kita g pesta penang! awwwsome you now!! ;) apa? x pernah pegi? oww..rugi rugi.. watchu watchu watchu waiting?? mai laa~ hehehe Penang embraces modernity while retaining its traditions and old world charm. Selain pesta yang diaadakan setiap hujung tahun nie, penang juga banyak lagi tempat menarik untuk dilawati,ermm macam...Kapitan Keling Mosque, Fort Cornwalis, Gurney Drive, Padang Kota Lama, Night Market, and soooo much more! hee, nak tawu lagi, kena la datang tgok sendiri!~ a place that full of heritage and tourism. Chill, peace yaww ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...