Pages

Schakozue Entry (起こる )♥

My photo
Let's spread the love while killed the hatred :)♥
Showing posts with label Islamic post. Show all posts
Showing posts with label Islamic post. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Adakah yang lemah sentiasa akan kalah ?

Salam makhluk-II bumi sekalian .
Kebelakangan nie banyak dugaan yang Allah turunkan buat aku. Opss , bukan aku mengeluh.! tapi aku cuma rasa sedih, kenapa aku tak kuat dan lemah menghadapi ujian-Nya. And now I'm realize that somehow people just cant accept the Allah's provision. Yet they never knew that their practice to Allah was just a little particle of it. Jadi , dalam menentukan kita nie kuat atau tidak, bergantung kepda iman dan amalan kita kepada Allah. Kalau amalan kita sebesar zarah , jangan lah kita mengharapkan pulangan yang tinggi daripada Allah s.w.t

Memang semua manusia tidak lari dari masalah dan musibah, dan itu sebenarnya kunci kepada kita untuk mengasah kekuatan di samping mengukur tahap kesabaran kita bersujud kepada Tuhan. Adakah kita kan putus asa dalam meminta pertolongan-Nya , atau terus-terusan berdoa tanpa kenal erti penat.
.............tunduk kebawah dan diam sekejap...............


Kadang-kadang, aku rasa macam nak berhenti belajar pon ada. Hmmm*mengeluh berat, pejam mata sat. Tapi aku tak boleh putus asa.! Ini cuma dugaan kecil buat ku , lagi setahun ja aku dah nak habiskan degree aku, mana boleh aku mengalah setelah dua tahun aku penat berhempas pulas belajar siang malam. Result aku pon makin lama, makin baik*Alhamdulillah. Mana mungkin aku nak sia-siakan semua nie. Kerugian besar tue .!Apa jadi pon, aku kena kuat.! kuat Scha kuat.! kamu kan kuat, takkan la dugaan kecil macam nie pon nak mengalah,haiyoo.! *kembali senyumm , ehh macam tajuk lagu pulak. Usaha lagi ok ;) mana boleh stop macam tue ja. Sebelum nie banyak lagi dugaan besar , boleh ja tempuh, takkan la hal macam nie dah down. Wake up..!!

Yeahh , aku kena bangkit dan terus usaha, berdoa agar ada sinar untuk aku dengan izin Tuhan. banyak lagi orang macam aku, ada masalah macam aku. Tapi mereka boleh ja berjaya. Ingat.! dugaan ini hanya seketika dan akan berlalu pergi. Lepas settle semua nie, aku dh boleh hidup macam orang normal*bukan bermaksud aku tak normal sebelum nie, heisshh ;)

So kesimpulannya, usaha selagi boleh! usaha selagi mampu! yaa, aku boleh.!

Sekian, Assalamualaikum pencinta Allah. *blow kisses




Monday, April 2, 2012

Short and sweet , " Problemo advices"

Hidup nie xkan lari dari masalah ,persoalannya kita mampu atau tidak untuk tempuhi dugaan itu. Kita juga selalu dengar bahawa Tuhan takkan letakkan beban yang tak tertanggung oleh hambanya itu , tetapi dugaan yang diberikan itu adalah sama dengan kemampuan yang ada pada hambanya itu. Jadi mari kita fikir sejenak apakah sebenarnya kita mempunyai masalah besar atau kita sendiri tidak mampu untuk memikul masalah yang kecil disebabkan kita tak punya keyakinan. Okayy,memang aku tengah merepek pasal islamic , so kalau tak suka , sila shuhh2 :)

Selain tenang apabila mendapat masalah, kita juga haruslah mengucap atau berselawat agar diri kita tidak dipengaruhi oleh masalah itu. Mana ada manusia yang boleh hidup tanpa dibelenggu masalah, (like water no sugar yaww) so kalau kita dah tahu benda tue, biarkan masalah itu menjadi masalah kalau ianya masalah kecil. Kita buat macam biasa sampailah kita menemui jalan penyelesaian atau dapat keyakinan nak tempuh masalah itu. Sedar tak geng,ade ke nak geng ngan aku,jika kita terlalu sempitkan otak kita dengan masalah, kita takkan ada masa untuk lihat benda lain. Justeru itu, adalah sangat2 rugi you know~ Pikir masalah sangat pon tak elok sanat sebab lama2 otak bole jadi biol;)tanjung rambutan la jawabnyee

So kawan2, relax laa. (chill yaww!~ sambil buat tangan macam penyanyi rockers) Hidup yang singkat nie kalau asyik pikir masalah yang tak pernah habis tue , buat rugi jeee, Okayy. lebih baikk kita enjoyyy!(ala-2 nogha danish punya slang), then baru balik pikirkan cara nak selesaikan masalah. Kalau tak boleh selesai jugak, ajak kawan2 pikir same masalah kita tue, mana tahu diorang boleh tolong. Tapi yang paling2 utama, jangan lupa mintak pertolongan pada Pencipta kita okayy (tue yang paling penting sebenarnya). Tak ade ape yang lebih hebat dari-Nya, malah dugaan juga takkan turun pada kita melainkan dengan izinNya , so mintak la dipermudahkan jalan , dan diringankan segala beban :)

Nahh , kite nak tenangkan awak2 semua , ^_^






Yang last nie hanya lah paparan untuk aku semata @_@ hohoo , bila la nak sampai kat sini



Peace yaa ,Assalamualaikum ♥

Tuesday, January 24, 2012

QARIN.

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...