Tujuan utama aku buat entry nie bukan nak post entry mcm blogger2 femes lain yg selalu update pasal artis. Aku buat entry nie adalah disebabkan aku nak menyatakan hasrat hati aku yg betapa happy- nya aku bila idola-2 hiburan aku dah menamatkan zaman bujang mereka serentak pada 4 Mei yang lepas. Yelahh, mane x serentaknya , diorang kawen berdua ^^. Awal Ashaari dan Scha Alyahya @ Syarifah Nor Azean bt Syed Mahadzir telah melangsungkan perkahwinan mereka di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya. Weeehuuuu* Majlis yang dihadiri seramai 250 orang itu berlangsung dengan meriahnya apabila pengantin lelaki telah berjaya meng-akad nikah dengan hanya sekali lafaz dan pada malam itu juga Scha Alyahya sah menjadi isteri kepada Awal Ashaari. Sungguh-2 tidak disangka, kedua-2 idola aku menamatkan zaman bujang mereka bersama-2. Apa-2 pon, kita doakan yang terbaik buat mereka berdua dan semoga cepat-2 dikurniakan baby yg comel.! :)
Tidak dapat dinafikan, mereka berdua yang sudah semulajadinya kacak dan menawan, bertukar menjadi lebih berseri-2 pada malam yg bersejarah bg mereka berdua itu. And the best part plus yg paling aku suka adalah ketika mereka menyarung pakaian perkahwinan berasaskan songket hijau turqoise. Sooo wonderful yet still kept the traditional concept. Haaih, dah beberapa hari berlalu dan aku masih teruja dengan perkahwinan mereka ini.
And now , mereka berdua telah terbang ke New York sempena meraikan hari bahagia mereka dengan berbulan madu di sana, so darn sweet right? Aku berharap sangat-2 dan teramat sangat yg mereka akan berbahagia sehingga hari tua mereka bersama-2. Aaminn ~
No comments:
Post a Comment