Pages

Schakozue Entry (起こる )♥

My photo
Let's spread the love while killed the hatred :)♥

Saturday, April 14, 2012

No title :)

Assalamualaikum ...
Sudah hampir tiga minggu aku x jenguk blog aku nie , and dalam masa 3 minggu tue jugaklah macam2 dah terjadi dalam hidup aku. Apetah lagi busy dengan final exam. Buttt the best part is , hari nie aku dah bebas dari final exam !! weeee~ *gedik. Tepat pukul 12 tengah hari tadi tamatlah sudah pengajian aku di Unisel nie sebagai senior part 5 (senior la sangat kan).
Im soooo happy. Even ramai x tawu sebenarnya aku ada lagi satu exam Isnin nie, tapi aku tebalkan jugak hati untuk lupakan study seketika demi me-releasekan stress aku dah terkumpul selama 504 jam(3 weeks)disebabkan final exam. - You guys know what? dalam waktu aku tengah terkocoh2 study for exam tue jugaklah aku sempat lagi berfikir tentang life aku sepanjang 4 bulan pertama nie. Either privacy or hal2 yang terbuka sekalipun, aku akan rasa senang sekali bila dapat berkongsi dengan orang lain,*ecehh , cakap indon plak* dalam masa yang sama beroleh keberkatan daripada doa yang mungkin disedekahkan oleh hamba2 Allah yang berhati mulia mnedengar perihal diri aku.

Tahun nie saja, aku dah ter-list banyak perkara baru yang berlaku dalam hidup aku daripada hal2 family, lover, kengkawan, and hal dunia sekalipun dah termasuk dalam agenda pemikiran aku. Awal tahun nie, aku berdoa yang supaya sepanjang perjalanan hidup selama satu tahun(2012) nie berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah besar yang menimpa. Namun benarlah kata ulama2, kesenangan yang kita pohonkan, kesusahan yang Allah berikan. Dan sudah tentu ia hanyalah dugaan yang Allah turunkan buat kita supaya kita sentiasa bersujud kepada-Nya dan tidak putus asa untuk terus memohon kebaikan. Awal tahun nie jugak, family aku dah berpindah ke rumah baru. Dari umur aku 4 tahun dan sekarang umur aku sudah pun menjangkau 22 tahun, baru aku berpindah rumah dan ini pastinya memberikan sedikit perasaan yang bercampur baur dan sukar untuk aku gambarkan. Perpindahan ini juga telah membangkitkan pelbagai isu dalam keluarga aku sehinggakan otak aku tepu untuk berfikir mencari jalan selesaikan debat yang ada. benar juga orang kata, masalah dalaman sebenarnya lebih payah untuk diselesaikan daripada masalah luaran.

Dalam pada sibuk meraikan rumah baru juga, aku dan keluarga telah dikejutkan lagi dengan kehadiran sepupu aku yang telah sekian lama pergi jauh meniggalkan kami semua, dan sekembalinya dia pada hari itu telah membuatkan seluruh isi keluarga aku menyuarakan kegembiraan dan sebak. Aku tak mahu ulas panjang lagi hal ini, cukuplah orang tawu yang aku amat berharap 'dia' berubah menuju ke jalan kebaikan dan meniggalkan segala kisah hitamnya pada masa lepas. Hmmm ~ berita yang aku dapat daripada mak aku tentang adik perempuan aku pada masa itu sangat2 lah menganggu fikiran aku buat beberapa hari. Sesungguhnya, carilah teman yang boleh membawa kita ke jalan syurga. ---

Hewhew, aku rase sampai sini dulu kot aku bercelotehanyepunn panjang2 sebab aku pon da penat sangat hari nie. Plus dengan baru balik dari tgok movie bersama lover. ♥
Ape2 pon, aku still akan teruskan karangan aku nie bila aku free lagi sebab aku masih ade cerita nak dikongsikan, bukan pada sesiapa tapi pada blog aku sendiri ....:)

Merci kawan,
Peace Good Night Assalamualaikum sayang #

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...