Di petang yang indah lagi nyaman dan lagi berangin ini , aku nak menyatakan satu hasrat bahawa aku sangat sayangkan orang2 di sekeliling aku , kalau boleh , aku tak mahu berpisah dengan mereka melainkan ajal. Dan orang yang paling aku sayangi adalah mak dan ayah aku , kemudian adk beradik aku. Walaupun dari dulu lagi aku selalu berjauhan dengan mereka disebabkan boarding school, namun mereka tak pernah luput dari hati aku , terpahat kukuh setiap saat, minit ,jam dan masa. Dan keduaya aku sayangkan jantung hati aku
Pernah aku terfikir, bagaimana kiranya mak dan ayah aku pergi meninggalkan aku , adk beradik aku hilang tanpa khabar berita, dan si dia turut lesap dari pandangan aku , masihkah boleh aku teruskan hidup di dunia ini tanpa mereka. Ya Allah ... Kau kuatkan lah Iman aku, tabahkanlah hati aku supaya aku dapat menempuh cubaan dalam hidup aku ini. Hilangnya mereka dalam hidup aku umpama hilangnya separuh nafas aku.
p/s: semoga jodoh aku kekal hanya bersama dengan dia selamanya, begitu juga dia. dan semoga Allah biarkan aku pergi dahulu sebelum Dia mencabut nyawa orang2 yang aku sayang. :') ameen.
Peace , Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment