Kadang-kadang..kita x mengharapkan suatu yang terlalu indah dalam kehidupan kita.. tapi bila kita sudah seringkali dibuai dengan kesenangan dan kegembiraan yang terlampau, kita jadi tidak mensyukurinya, dan apabila kita diuji dengan sedikit kekurangan...berkecai hati dan perasaan itu..malah kita jadi tidak keruan dan tidak tahu hala tuju. Ternyata dengan itu, kita seharusnya biasa-biasa sahaja tatkala diberi segala kejadian, malah perlunya kita bersyukur walaupun kejadian itu kurang indah seperti yang kita harapkan, kerana, tiada kehidupan yang sentiasa indah bukan? :)
*kalau pening tak paham, jangan baca eaa(= *
Begitu juga jika kita telah diuji dalam perhubungan, walau sebahagia manapun kita minta pada Tuhan, jangan disangka Dia tidak akan mengurniakan kecundang, kerana dengan itu sahaja kita bakal tersedar lalu memohon pertolongan daripadanya. Jadi..apapun yang berlaku, maafkan semua orang,juga diri kita sendiri. Kesengsaraan itu tidak akan pernah berpanjangan selagi kita mengingati Tuhan. Maafkan. maafkan. dan terus maafkan. Sucikan hati kita dari segala benda hitam. Selagi kita mengorak langkah dalam bumi ini, selagi itu kita akan terus diuji. Pikir! Hidup yang singkat ini bukan untuk benci membenci, tapi untuk dinikmati. Ya Allah...Engkau tunjukkan lah jalan yang benar kepadaku,,sasarkan lah aku dari sifat yang keji. Aku juga ingin bahagia.. jika tidak di sini, maka di Jannah-Mu Ya Tuhan...
Kau hilangkanlah kesedihanku ini Ya Allah...Kau hilangkanlah... :')
Assalamualaikum ~
No comments:
Post a Comment