Pages
Schakozue Entry (起こる )♥
Saturday, December 24, 2011
Andai lelaki tahu...
Andai lelaki tahu, andai seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya, tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu, andai seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tapi dia sedang terus mencari kekuatan untuk mencintai lelaki itu seadanya.
Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan marah, emang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknaya dia sangat mengambil berat dan menyayangi terhadap lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang sekali bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu, andai seorang perempuan bercakap banyak, dia sebenarya tidak bermaksud hendak membuat lelaki itu berasa rimas, tapi sebaliknya dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan berkata mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu anda menjadi lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan berasa cemburu dan tidak mempercayai anda,bukan bemakna dia tidak sayang, tetapi dia sangat sayangkan anda dan menganggap anda anank kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Naluri keibuannya sangat kuat dan dia mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu, apabila seorang wanita itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit tetapi cukup dengan perhatian yang boleh membuat dirinya rasa begitu dihargai.
Andai lelaki tahu, apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh manalelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia boleh berubah fikiran dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu, apabila perempuan berkata... "tolong tingglkan saya!". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikiran sebentar sahaja. Apabila dia kembali tenang, percayalah, dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaaan. Dia terlalu emosional. Tapi dia lah yang amat menyayangi anda dansangat sensitif dengan perubahan diri anda.
Andai lelaki tahu, sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka salig memahami, mereka boleh melengkapi dan saling menyempurnakan.Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Disebalik air matanya tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tetapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa mengongcang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelak ,lemah kepadanya.
Jadi hargailah seorang perempuan kerana kehadirannya didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja, tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong dan membuat hidup anda lebih sempurna. :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment